Liga Perdana Inggeris 2015–16

Liga Perdana Inggeris
Musim2015-16
JuaraLeicester City
Kejuaraan Liga Perdana pertama
Kejuaraan Inggeris pertama
DisingkirkanAston Villa
Newcastle United
Norwich City
Liga Juara-JuaraArsenal
Leicester City
Manchester City
Tottenham Hotspur
Liga EuropaManchester United
Southampton
Jumlah perlawanan380
Jumlah gol1026 (2.7 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyakHarry Kane (25 gol)
Kemenangan terbesar tuan rumahManchester City 6–1 Newcastle United
(3 Oktober 2015)
Kemenangan terbesar pelawatAston Villa 0–6 Liverpool
(14 Februari 2016)
Gol tertinggiNorwich City 4–5 Liverpool
(23 Januari 2016)
Menang berturut-turut paling lama6 perlawanan
Tottenham Hotspur
Tanpa kalah paling lama15 perlawanan
Chelsea
Tanpa menang berturut-turut paling lama19 perlawanan
Aston Villa
Kalah berturut-turut paling lama11 perlawanan
Aston Villa
Kehadiran13,851,698
Kehadiran tertinggi75,415
Manchester United 2–1 Swansea City
(2 Januari 2016)
Kehadiran terendah10,863
AFC Bournemouth 1–3 Stoke City
(13 Februari 2016)
Purata kehadiran36,451

Liga Perdana Inggeris 2015–16 merupakan musim ke-24 Liga Perdana Inggeris, peringkat tertinggi liga bola sepak Inggeris sejak penubuhannya pada tahun 1992. Jadual perlawanan diumumkan pada 17 Jun 2015. Musim ini bermula pada 8 Ogos 2015 dan dijadual akan selesai pada 15 Mei 2016. Walau bagaimanapun, perlawanan Manchester United menentang Bournemouth ditangguhkan sehingga 17 Mei 2016 ketika hari terakhir perlawanan kerana sebuah pakej mencurigakan di stadium.

Chelsea memulakan liga sebagai juara bertahan musim 2014–15. AFC Bournemouth, Watford dan Norwich City masuk sebagai tiga pasukan yang dinaikkan dari Football League Championship 2014–15.

Selepas hampir diturunkan liga pada musim sebelumnya, Leicester City muncul juara liga buat pertama kali dalam sejarah 132 tahun mereka, menjadi kelab ke-24 untuk menjadi juara bola sepak Inggeris dan kelab keenam untuk memenangi Liga Perdana.