Liga Perdana Inggeris 2012–13

Liga Perdana Inggeris
Musim2012–13
JuaraManchester United
Kejuaraan Liga Perdana ke-13
Kejuaraan ke-20 keseluruhan
DisingkirkanReading
QPR
Liga Juara-JuaraManchester United
Liga EuropaSwansea City
Jumlah perlawanan337
Jumlah gol930 (2.76 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyakRobin van Persie
(25 gol)
Kemenangan terbesar tuan rumahChelsea 8–0 Aston Villa
Kemenangan terbesar pelawatNewcastle United 0–6 Liverpool
Gol tertinggiArsenal 7–3 Newcastle United
Menang berturut-turut paling lama7 perlawanan
Manchester United
Tanpa kalah paling lama18 perlawanan
Manchester United
Tanpa menang berturut-turut paling lama16 perlawanan
Queens Park Rangers
Kalah berturut-turut paling lama7 perlawanan
Reading
Kehadiran tertinggi75,605
Manchester United 1-0 Reading
(16 Mac 2013)
Kehadiran terendah15,436
Wigan Athletic 3–2 Reading
(24 November 2012)
Purata kehadiran35,745

Musim Liga Perdana Inggeris 2012-13 (2012–13 Barclays Premier League) merupakan edisi ke-21 sejak pengenalannya pada 1992. Manchester City F.C. adalah juara bertahan, memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat pertama kali. Kempen – jadual yang telah diumumkan pada 18 Jun 2012 – bermula pada Sabtu 18 Ogos 2012 sehingga 19 Mei 2013.

Musim ini menampilkan 17 pasukan daripada Liga Perdana Inggeris 2011-12 dan tiga pasukan baru yang dinaikkan divisyen daripada Liga Inggeris Divisyen 1 2011-12: Reading (juara), Southampton dan West Ham United naik dan digantikan di divisyen Liga Bola Sepak oleh Bolton Wanderers, Blackburn Rovers dan Wolverhampton Wanderers.

Pada 22 April 2013, Manchester United memenangi kejuaraan Liga Perdana ke-13 mereka dan ke-20 keseluruhan selepas menewaskan Aston Villa 3–0 di Old Trafford, walaupun musim masih berbaki empat perlawanan. Sementara itu pada 28 April, Queens Park Rangers dan Reading menjadi kelab pertama disingkirkan daripada Liga Perdana musim ini selepas seri 0–0 sesama sendiri..