Liga Konferensi UEFA 2024–25
Stadium Wrocław di Wrocław akan menjadi tuan rumah pentas akhir | |
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | Kelayakan: 10 Julai – 29 Ogos 2024 Persaingan: 2 Oktober 2024 – 28 Mei 2025 |
| Pasukan | Persaingan: 24+12 Jumlah: 110+54 (dari 54 persatuan) |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 108 |
| Jaringan gol | 320 (2.96 per perlawanan) |
| Kehadiran | 1,192,647 (11,043 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Marc Guiu (Chelsea) 6 gol |
← 2023–24 2025–26 →
Semua statistik tepat pada 19 Disember 2024. | |
Liga Konferensi UEFA 2024–25 akan menjadi musim keempat Liga Konferensi UEFA, kelab bola sepak ketiga Eropah yang dianjurkan oleh UEFA.
Ini akan menjadi Liga Konferensi UEFA yang pertama dimainkan di bawah format baharu yang melibatkan fasa liga dengan sebanyak 36 pasukan. Format baharu juga tidak membenarkan pasukan berpindah dari Liga Europa ke Liga Konferensi peringkat kalah mati, dan dengan itu pemenang Liga Konferensi (Olympiacos dalam musim 2023–24) tidak dapat mempertahankan gelaran mereka. Mulai musim ini, pertandingan ini dinamakan semula kepada Liga Konferensi UEFA daripada Liga Konferensi Europa UEFA.
Pentas akhir akan dimainkan di Stadium Wrocław, Wrocław, Poland. Pemenang kejohanan itu akan layak secara automatik ke Liga Europa UEFA 2025–26 peringkat kumpulan, melainkan mereka layak ke Liga Juara-Juara UEFA 2025–26 melalui prestasi liga mereka.