Liga FAM Malaysia 2018
| Musim | 2018 |
|---|---|
| Juara | Terengganu City |
| Dinaikkan | Terengganu City Selangor United |
| Jumlah perlawanan | 75 |
| Jumlah gol | 184 (2.45 per perlawanan) |
| Kemenangan terbesar tuan rumah | MPKB-BRI 4 − 1 MOF (1 April 2018) |
| Kemenangan terbesar pelawat | D'AR Wanderers 1 − 5 PJ Rangers (1 April 2018) |
| Gol tertinggi | 6 Gol D'AR Wanderers 1 − 5 PJ Rangers (1 April 2018) |
| Menang berturut-turut paling lama | 3 Perlawanan Terengganu City |
| Tanpa kalah paling lama | 8 Perlawanan Terengganu City |
| Tanpa menang berturut-turut paling lama | 6 Perlawanan KSDBKL |
| Kalah berturut-turut paling lama | 4 Perlawanan KSDBKL |
← 2017 2019 → | |
Liga FAM Malaysia 2018 (juga dikenali sebagai Piala FAM) merupakan edisi ke-66 Liga FAM di Malaysia iaitu liga divisyen ke-3 dalam bolasepak Malaysia yang telah bermula pada 25 Februari. Sime Darby merupakan juara bertahan tetapi telah menarik diri dari bertanding di Liga Premier Malaysia 2018, liga divisyen ke-2 dalam bolasepak Malaysia. Sebanyak 14 pasukan bertanding musim ini iaitu 9 pasukan dari musim lepas, 2 pasukan yang diturunkan dari liga premier musim lepas dan 3 pasukan baru.