Libya Purba
Semasa Zaman Besi dan zaman klasik, Libya (daripada bahasa Yunani Λιβύη: Libyē, yang datang daripada bahasa Berber: Libu) merujuk kepada kawasan Afrika Utara yang terus di barat sungai Nil (kini Libya, Tunisia, Algeria dan Maghribi), tidak boleh dikelirukan dengan negara moden Libya, yang hanya bahagian timur wilayah tersebut pada masa itu. Libya purba salah satu daripada tiga bahagian dunia zaman dahulu (Libya, Asia, Europa). Wilayah itu juga mempunyai sebahagian daripada Laut Mediterranean yang dinamakan sempena nama Laut Libya atau Mare Libycum yang merupakan bahagian Mediterranean selatan Crete, antara Cyrene dan Iskandariah.
Ahli geografi Yunani and Rom meletakkan garisan pemisah antara Libya dan Asia di Sungai Nil kerana seluruh wilayah di selatan Mediterranean dan barat Sungai Nil boleh dianggap menggunakan satu bahasa yang sama, dan bahasa Berber digunakan di seluruh Afrika Utara hingga ke pesisiran Atlantik serta digunakan oleh kaum orang Libya (Berber) Kawasan ini dibahagikan pada zaman Rom kepada empat wilayah utama: Mauretania, Numidia, Afrika Preconsularis dan Libya yang mengekalkan nama asalnya. Sebaliknya, kawasan Afrika Subsahara dikenali sebagai Aethiopia. Lama kemudian, nama Afrika diperluaskan ke seluruh benua dan bukan hanya Wilayah Rom di Afrika.