Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat

Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat
Library of Congress
Library of Congress 


Bendera Perpustakaan Kongres
Maklumat umum
JenisPerpustakaan negara, United Nations Depository Library, parliamentary archives, legislative branch agency 
Ditubuhkan24 April 1800 (1800-04-24)
Laman sesawangloc.gov 
Koleksi
Saiz koleksiLebih daripada 38 juta buku dan bahan cetak lain, 3.6 juta rakaman, 14 juta gambar, 5.5 juta peta, 8.1 juta keping helaian muzik dan 70 juta manuskrip, 5,711 incunabula, dan 122,810,430 item dalam koleksi yang tidak dikelaskan (khas):
lebih daripada 167 juta jumlah barangan
Capaian dan penggunaan
EdaranPerpustakaan tidak diedarkan secara awam
Populasi diberi khidmat535 anggota Kongres Amerika Syarikat, kakitangan mereka, dan rakyat Amerika.
Anggota bagi
Senarai:
Société de l’histoire de France, Digital Library Federation, Association of Research Libraries, World Digital Library, International Confederation of Architectural Museums, Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian, Konsortium Jaringan Sejagat, Persatuan Arkib Bunyi dan Pandang Dengar Antarabangsa, Komuniti GLAM Labs Antarabangsa, Geheugen van Nederland, Flickr Commons, Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa, Coalition for Networked Information, National Digital Stewardship Alliance, Konsortium Pemeliharaan Internet Antarabangsa, Book Industry Study Group 
Pengurusan
Librarian of Congress Carla Hayden 
PengarahCarla Hayden (Pustakawan Kongres)
SubsidiariUS Center for the Book, Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan, Office of the Inspector General, Library of Congress, Perkhidmatan Penyelidikan Kongres, Federal Research Division, United States Copyright Office, Cataloging Distribution Service, National Audio-Visual Conservation Center, Library of Congress African and Middle Eastern Division, Library of Congress Police, American Folklife Center, Library of Congress Geography and Map Division, Library of Congress Prints and Photographs Division, Library of Congress Music Division, Library of Congress Network Development and MARC Standards Office, Library of Congress Publishing Office, Library of Congress Manuscript Division, Rare Book and Special Collections Division 
Pemilik bagi
Senarai:
American Memory, World Digital Library, Lincoln Bible, Veterans History Project, Library of Congress Linked Data Service, Library of Congress Online Catalog, Mary Pickford Theater, Library of Congress National Digital Library project, Feleky Collection 
Perangkaan
Belanjawan$684,040,000
Kakitangan3,105
Lokasi
Lokasi di Ralat Lua pada baris 42 di Modul:Location_map: The name of the location map definition to use must be specified.
Koordinat38°53′19″N 77°00′17″W / 38.88861°N 77.00472°W / 38.88861; -77.00472
NegaraAmerika Syarikat 
LokasiWashington, D.C., Amerika Syarikat
Bilangan cawanganN/A
sunting · sunting di Wikidata

Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: Library of Congress) merupakan perpustakaan penyelidikan yang berkhidmat untuk Kongres Amerika Syarikat dan merupakan perpustakaan negara untuk Amerika Syarikat. Ia merupakan institusi budaya persekutuan tertua di Amerika Syarikat. Perpustakaan ini ditempatkan di tiga bangunan di Capitol Hill di Washington, D.C.; selain menguruskan Kampus Packard di Culpeper, Virginia, yang menempatkan Pusat Pemuliharan Pandang-Dengar Kebangsaan.

Perpustakaan Kongres ini merupakan perpustakaan terbesar di dunia. . Koleksinya adalah universal, tidak terhad kepada subjek, format, mahupun sempadan negara, serta termasuk bahan-bahan penyelidikan dari seluruh dunia dan dalam lebih dari 450 bahasa. Dua pertiga daripada buku-buku yang diperoleh setiap tahun adalah dalam bahasa selain bahasa Inggeris.

Perpustakaan Kongres berpindah ke Washington pada tahun 1800 selepas sebelas tahun berada di New York (Bandar Raya New York) dan Philadelphia. John J. Beckley, merupakan Pustakawan Kongres pertama dan dibayar sebanyak $ dua setiap hari.

Perpustakaan Kongresional kecil terletak di Kapitol Amerika Syarikat sekitar abad ke-19 sehingga awal 1890-an. Kebanyakan koleksi asal telah dimusnahkan oleh British pada tahun 1814, ketika Perang 1812. Untuk membina semula koleksi mereka, perpustakaan telah membeli koleksi peribadi bekas Presiden Amerika Syarikat, Thomas Jefferson sebanyak 6,487 buah buku. Namun, pada tahun 1851, kebakaran telah berlaku dan memusnahkan sejumlah besar koleksinya, termasuk buku-buku Jefferson. Selepas Perang Saudara Amerika, Perpustakaan Kongres berkembang pesat dalam membina saiz dan kepentingannya, yang mencetuskan kempen membeli salinan penggantu untuk koleksi-koleksi yang telah musnah dari sumber, koleksi dan perpustakaan lain.

Perpustakaan menerima hak pemindahan semua koleksi yang mempunyai hak cipta dengan menyimpan dua buah salinan bagi setiap buku, peta, ilustrasi dan diagram yang dicetak di Amerika Syarikat. Merka turut mula membina koleksi British dan karya-karya dari Eropah serta karya-karya yang diterbitkan di negara-negara berbahasa Inggeris.

Walaupun Perpustakaan Kongres dibuka untuk orang ramai, namun hanya pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi sahaja dibenarkan untuk meminjam buku-buku dan bahan-bahan dalam Perpustakaan Kongres (kecuali peminjaman melalui Pinjaman Antara Perpustakaan, yang dibenarkan untuk orang awam).