Let It Go
| "Let It Go" | |
|---|---|
| Lagu oleh Idina Menzel | |
| daripada album Frozen | |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Dilancarkan | 2013 |
| Genre | Show tune |
| Panjang | 3:45 |
| Syarikat | Walt Disney |
| Penulis | |
| Penggubah | Kristen Anderson-Lopez, Robert Lopez |
| Penulis seni kata | Kristen Anderson-Lopez, Robert Lopez |
| Penerbit | tiada nilai |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Video luar | |
|---|---|
| Disney's Frozen "Let It Go" Sequence Performed by Idina Menzel di YouTube |
"Let It Go" (versi bahasa Melayu "Bebaskan") merupakan lagu daripada filem animasi 2013 terbitan Disney, Frozen. Muzik dan seni kata lagu tersebut digubah dan ditulis oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez. Lagu didalam filem tersebut dipersembahkan oleh penyanyi dan pelakon dari Amerika Syarikat, Idina Menzel dalam peranannya sebagai Permaisuri Elsa.
Lagu ini tampil selepas Elsa yang dipulaukan meninggalkan kerajaannya setelah kuasa ajaibnya diketahui oleh orang ramai. Menyedari bahawa dia tidak perlu menyembunyikan kebolehan kuasa aisnya, Elsa menganggap bahawa dirinya bebas daripada halangan-halangan yang pernah dia hadapi ketika zaman kanak-kanaknya dan bergembira dengan kuasanya tanpa rasa takut.