Frozen: Anna & Permaisuri Salji (runut bunyi)

Rencana ini mengenai runut bunyi filem. Untuk rencana mengenai filem tersebut, sila lihat Frozen: Anna & Permaisuri Salji.
Frozen (Original Motion Picture Soundtrack)
Runut bunyi oleh
artis pelbagai
Dilancarkan pada25 November 2013
TempatAmerika Syarikat
Genre
Panjang1:03:40
1:58:01 (edisi mewah)
BahasaBahasa Inggeris
SyarikatWalt Disney
Penerbit
Kronologi Walt Disney Animation Studios
Wreck-It Ralph
(2012)
Frozen: Anna & Permaisuri Salji
(2013)
Big Hero 6
(2014)
Single daripada Frozen: Anna & Permaisuri Salji
  1. "Let It Go"
    Dikeluarkan: 21 Oktober 2013
  2. "Unbreak My Heart"
    Dikeluarkan: 15 Oktober 2013
sunting · sunting di Wikidata
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Allmusic

Frozen: Original Motion Picture Soundtrack merupakan runut bunyi bagi filem animasi Disney yang ditayangkan pada 2013, Frozen: Anna & Permaisuri Salji. Runut bunyi tersebut menampilkan sepuluh buah lagu asal yang ditulis dan digubah oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez serta 21 gubahan skor oleh Christophe Beck. Ia menampilkan lagu "Bebaskan" (versi filem dipersembahkan oleh Idina Menzel; versi single dipersembahkan oleh Demi Lovato), telah menerima percalonan bagi Anugerah Golden Globe bagi kategori Lagu Asal Terbaik dan Anugerah Pilihan Pengkritik bagi kategori Lagu Terbaik.

Dua edisi runut bunyi ini dilancarkan oleh syarikat rakaman Walt Disney Records pada 25 November 2013 iaitu edisi cakera tunggal dan edisi mewah digipak dengan dua cakera (mengandungi rakaman pita ragaan lagu dan gubahan skor, rakaman syot tolakan yang tidak digunakan serta versi instrumental lagu utama filem). Pada 21 Oktober 2013, single utama runut bunyi, lagu tajuk "Bebaskan" oleh Demi Lovato dikeluarkan. Pelancaran berikutnya telah disertai oleh terjemahan bahasa asing bagi lagu "Bebaskan".

Album runut bunyi ini menerima pujian daripada para pengkritik muzik dan mencapai tangga ke-18 dalam carta Billboard 200 ketika hari pertama pelancaran. Sehingga 5 Februari 2014, runut bunyi ini berjaya terjual sebanyak 863,000 salinan di Amerika Syarikat dan menduduki tangga teratas dalam carta album Billboard selama empat minggu. Album ini juga memperoleh pengiktirafan emas daripada Persatuan Industri Rakaman Emas Amerika.