Les Misérables

Les Misérables
Terbitan jilid pertama tahun 1862 oleh Lacroix, Verboeckhoven dipamerkan di Brussels, Belgium
Umum
PengarangVictor Hugo
NegaraBelgium
BahasaBahasa Perancis
GenreNovel epik, cereka sejarah
Penerbitan
PengilustrasiEmile Bayard
PenerbitA. Lacroix, Verboeckhoven & Cie.
Tarikh penerbitan
1862

Les Misérables [lé mi-zĕ-rab] ialah sebuah novel sejarah karya Victor Hugo terbit tahun 1862. Ia mengisahkan kisah beberapa watak yang mengharungi perit kehidupan mereka sehingga memuncak berlakunya Pemberontakan Jun di Paris tahun 1832. Ia banyak menumpukan kepada latar sejarah dan tempat kota tersebut serta tema-tema politik, falsafah, agama berat dan perasaan kasih sayang dan cinta.

Ia banyak diadaptasikan dalam bentuk TV, filem serta pementasan teater.