Leptobarbus
| Leptobarbus | |
|---|---|
| Leptobarbus rubripinna | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Actinopterygii |
| Order: | Cypriniformes |
| Keluarga: | Cyprinidae |
| Subkeluarga: | Leptobarbinae |
| Genus: | Leptobarbus Bleeker, 1860 |
| Spesies jenis | |
| Barbus hoevenii Bleeker, 1851
| |
| Spesies | |
|
5, lihat teks. | |
| Sinonim | |
| |
Leptobarbus ialah genus ikan siprinid yang berasal dari Asia Tenggara. Ia ialah ikan makanan yang penting. Ia satu-satunya genus dalam subkeluarga Leptobarbinae. Leptobarbus hoevenii atau jelawat sultan berhijrah di sungai-sungai air tawar Malaysia dan mengembara dalam kawanan di permukaan dengan 40-80 individu pada kecepatan 0.48-1.08 km. Ikan-ikan ini biasa dikelompokkan sebagai "jelawat".
Kolagen larut asid (ASC) dan kolagen larut pepsin (PSC) diekstrak daripada otot ikan keli ternak terpilih (kacukan Clarias gariepinus x Clarias macrocephalus), tilapia merah (Oreochromis niloticus), tilapia hitam (Oreochromis mossambicus), patin siam (Pangasianodon hypophthalmus), jelawat sultan (Leptobarbus hoevenii) dan sepat padi (Trichogaster trichopterus), iaitu ikan air tawar yang banyak dimakan di Malaysia. Hasil ekstrakan bagi spesies yang diuji lebih tinggi PSC berbanding dengan ASC.