Keli bunga

Keli bunga
Spesimen awet, kemungkinan dari Thailand.

Kekurangan data  (IUCN 3.1)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Keluarga: Clariidae
Genus: Clarias
Spesies:
C. macrocephalus
Nama binomial
Clarias macrocephalus
Günther, 1864

Keli bunga (Clarias macrocephalus) ialah spesies keli asal Asia Tenggara yang penting secara ekonomi. Ikan ini diternak di kolam-kolam untuk kegunaan manusia di negara seperti Thailand dan Filipina. Namun, populasi asalnya kini menghadapi kepupusan disebabkan oleh kegiatan manusia dan introgresi genetik akibat persilangan dengan kacukan akuakultur yang terlepas.

Di Thailand, ikan ini dan juga keli kayu (Clarias batrachus) dikenali sebagai pla duk (Bahasa Thai: ปลาดุก). Ia merupakan bahan makanan murah yang sering ditawarkan oleh penjaja jalanan, disediakan dalam pelbagai cara, terutamanya dibakar atau digoreng.