Leo III dari Isauria

Leo III dari Isauria
Maharaja Rom
Syiling solidus dengan Leo III bertulis leon Templat:Abbreviation.
Maharaja Byzantium
Pemerintahan25 Mac 717 – 18 Jun 741
Didahului olehTheodosius III
Diikuti olehConstantine V
KeputeraanKonon
s. 685
Germanikeia, Kekhalifahan Umaiyah
(kini Marash, Turki)
Kemangkatan18 Jun 741 (berumur 55 atau 56)
PasanganMaria
AnakandaConstantine V
Anna
Irene
Kosmo
Nama diraja
Leo
DinastiDinasti Isauria
AgamaKristian Kalsedon

Leo III dari Isauria (Yunani: Λέων ὁ Ἴσαυρος, rumi: Leōn ho Isauros; Latin: Leo Isaurus; s. 685 – 18 Jun 741), juga dipanggil Leo dari Syria, merupakan Maharaja Byzantium dari tahun 717 hingga kemangkatannya pada tahun 741 dan juga pengasas dinasti Isauria. Baginda menamatkan Anarki Dua Puluh Tahun, zaman pergolakan yang besar dalam Empayar Byzantium antara tahun 695 dan 717, apabila maharaja-maharaja asyik bertukar ganti dan tentera Byzantium mengalami kekalahan demi kekalahan dan hilang banyak wilayah dalam abad ke-7. Baginda juga berjaya mempertahankan Empayar daripada pencerobohan tentera Umaiyah dan mengharamkan pemujaan ikon.