Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey

Port Authority of New York and New Jersey
Kerangka
Jenis/bentuk sahDaerah pelabuhan
Tapak webPort Authority of New York and New Jersey - Official Website
Sejarah
Dibentuk1921
Lokasi
Ibu pejabatCorporate Headquarters

The Port Authority of NY & NJ
225 Park Avenue South
New York, NY 10003

Telephone: 212-435-7000
Lokasi
  • Amerika Syarikat 
Koordinat40°42′37.472″N 74°0′42.959″W 
Kawasan perkhidmatanNew York dan New Jersey
sunting · sunting di Wikidata

Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey (bahasa Inggeris: Port Authority of New York and New Jersey, PANYNJ) ialah sebuah daerah pelabuhan yang ditubuhkan pada tahun 1921 (sebagai Port of New York Authority) menerusi perjanjian antara negeri. PANYNJ mengendalikan kebanyakan prasarana [[pengangkutan] serantau, termasuk jambatan, terowong, lapangan terbang, dan pelabuhan di dalam Pelabuhan New York dan New Jersey. Daerah yang seluas 1,500 batu persegi (3,900 km²) ini terletak tak lebih 25 batu (40 km) dari Patung Liberty di Pelabuhan New York. Ibu pejabat lembaga ini terletak di 225 Park Avenue South di Manhattan.

PANYNJ merupakan pengendali Terminal Marin Pelabuhan Newark-Elizabeth yang mengendalikan jumlah perkapalan yang ketiga terbanyak di kalangan semua pelabuhan di Amerika Syarikat dan yang terbesar di Hadap Laut Timur pada tahun 2004. Agensi ini turut dilengkapi sebuah jabatan polis tersendiri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mencegah kegiatan jenayah di semua kemudahannya.