Patung Liberty

  • Patung Liberty
  • Statue of Liberty
  • Liberty Enlightening the World
LokasiPulau Liberty
Manhattan, Bandar Raya New York,
New York,
Amerika Syarikat
Koordinat40°41′21″N 74°2′40″W / 40.68917°N 74.04444°W / 40.68917; -74.04444
Tinggi
  • Kaki patung ke obor: 151 kaki 1 inci (46 meter)
  • Tapak ke obor: 305 kaki 1 inci (93 meter)
Didedikasikan28 Oktober 1886
Dibaikpulih pada1938, 1984–1986, 2011–2012
Tukang ukirFrédéric Auguste Bartholdi
Kadar dilawati3.2 juta orang   (in 2009)
Majlis perbandaranU.S. National Park Service
Location within New York City
Location within New York (state)

Liberty Enlightening the World (Perancis: La Liberté éclairant le monde, "Kebebasan Menyinari Dunia") lebih dikenali dengan nama Statue of Liberty ("Patung Kebebasan") adalah satu patung berukuran raksasa yang terletak di Pulau Ellis, di muara Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat. Patung ini diberikan secara rasmi pada 28 Oktober 1886 sebagai hadiah Perancis kepada negara tersebut sempena seratus tahun kemerdekaan Amerika Syarikat diisytiharkan serta merupakan simbol persahabatan antara kedua-dua negara ini.

Rupa patung ini dipahat Frederic Auguste Bartholdi sambil Gustave Eiffel (pereka Menara Eiffel) merancang struktur dalamannya - di mana patung tersebut menggambarkan Libertas, dewi kebebasan Romawi memegang suatu obor di tangan kanannya dan suatu papan bertulis tarikh merdekanya Amerika Syarikat dalam angka Rumi - JULY IV MDCCLXXVI (4 Julai 1776); kakinya pula ada dicekak rantai belenggu yang tercabut melambangkan terhapusnya perhambaan yang baru sahaja dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat pada ketika itu.

Sejak Patung Liberty ini dibuka kepada orang ramai, ia menjadi suatu simbol perdamaian yang menyambut baik para pengunjung dan imigran ke negara ini mahupun orang Amerika Syarikat yang pulang ke tanah air mereka; malah ia merupakan salah satu lambang negara tersebut yang paling terkenal di seluruh dunia, dan melambangkan kemerdekaan dan kebebasan. Patung ini dan kawasan sekitarnya turut dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO tahun 1984 atas keutamaan ia sebagai suatu "adikarya semangat manusia" dan "lambang kuat... kebebasan, kedamaian, hak asasi manusia, penghapusan perhambaan, demokrasi dan peluang".