Lembaga Admiralti (United Kingdom)

Lembaga Admiralti
Fail:Flag of the Admiralty Board.svg
Bendera Lembaga Admiralti
Intisari agensi
Dibentuk1964
Agensi terdahulu
  • Majlis Admiralti (1628-1964)
Bidang kuasa
United Kingdom
Ibu pejabatWhitehall, Westminster, London
Eksekutif agensi
Agensi induk
Majlis Pertahanan

Lembaga Admiralti (Admiralty Board) ialah badan yang ditubuhkan dibawah Majlis Pertahanan United Kingdom untuk pentadbiran Perkhidmatan Angkatan Laut United Kingdom. Ia bermesyuarat secara rasmi sekali setahun, dan operasi harian Royal Navy dikendalikan oleh Lembaga Tentera Laut, yang tidak melibatkan mana-mana menteri.

Lembaga Admiralti telah ditubuhkan selepas pembubaran Majlis Admiralti (1628-1964) yang lama dan penyepaduan tiga kementerian cabang tentera kedalam Kementerian Pertahanan.

Lembaga ini dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan merangkumi ketua-ketua profesional tentera laut, serta pelbagai menteri dan penjawat awam Kementerian Pertahanan.