Kementerian Pertahanan (United Kingdom)

Kementerian Pertahanan
Lambang MOD
Intisari jabatan
Dibentuk1 April 1964 (Sebagai jabatan moden)
JenisJabatan
Bidang kuasa
United Kingdom
Ibu pejabatBangunan Utama, Whitehall, Westminster, London
51°30′14″N 0°07′30″W / 51.5040°N 0.1249°W / 51.5040; -0.1249
Kakitangan57,140 kakitangan awam (Mei 2018)
Belanjawan tahunan£52 bilion; FY 2019-20 (≈$69.2 bilion)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif jabatan
Agensi-agensi anak
  • Defence Electronics and Components Agency
  • Defence Science and Technology Laboratory
  • Pejabat Hidrografik United Kingdom
Laman sesawang
mod.uk
United Kingdom

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
United Kingdom



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Kementerian Pertahanan (MOD atau MoD) adalah jabatan kerajaan British yang bertanggungjawab bagi melaksanakan dasar pertahanan yang ditetapkan oleh Kerajaan United Kingdom dan merupakan ibupejabat Angkatan Tentera British.

MOD menyatakan bahawa objektif utamanya ialah mempertahankan United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara dan kepentingannya serta mengukuhkan keamanan dan kestabilan antarabangsa. Dengan keruntuhan Soviet Union dan berakhirnya Perang Dingin, pihak MOD tidak meramalkan apa-apa ancaman ketenteraan konvensional jangka pendek; sebaliknya, ia telah mengenal pasti senjata pemusnah besar-besaran, keganasan antarabangsa, dan negara yang gagal dan kecewa sebagai ancaman besar pada kepentingan Britain. MOD juga menguruskan operasi harian angkatan tentera, perancangan luar jangka dan pemerolehan pertahanan.