Lemang

Lemang
Sepotong lemang di atas piring.
Nama alternatifMinangkabau: Lamang
JenisRice ball, makanan 
Tempat asalAsia Tenggara Maritim
Masakan berkaitanIndonesia, Malaysia, Brunei
Bahan utamaBeras pulut
Bahan yang biasa digunakanPulut, santan 
sunting · sunting di Wikidata

Lemang (Minangkabau: lamang; Jawi: لمڠ) adalah beras pulut dimasak bersama santan dan garam dalam ruas-ruas buluh dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak; cara ini merupakan cara menanak nasi yang tradisi serata alam Melayu dari Indonesia ke Malaysia, Singapura dan Brunei.

Lemang dipercayai berasal daripada masyarakat Proto-Melayu dan Deutero-Melayu purba yang telah menetap di seluruh Asia Tenggara Maritim berabad-abad yang lalu. Masakan ini paling dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu dan Minangkabau, namun cara pemasakan ia yang ringkas juga wujud dalam kalangan kaum serantau lain seperti kaum Negrito Kelantan, suku Semai, dan kaum Dayak.