Lelaki Teragung

"Lelaki Teragung"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Dayang Nurfaizah
Dilancarkan19 Mei 2016
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop
Panjang3:54 minit
SyarikatIndigital
PenulisNatasya dan Iman Imran
sunting · sunting di Wikidata

"Lelaki Teragung" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah, dikeluarkan sebagai single ketiganya untuk album ketujuhnya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Ia dikeluarkan pada 19 Mei 2016 oleh Indigital Sdn. Bhd., "Lelaki Teragung" ialah salah satu daripada 12 lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-31 yang berlangsung pada 22 Januari 2017 dan merangkul gelaran juara menewaskan 11 lagu lain di pentas akhir.

Mengenai lagu ini, Dayang berkongsi bahawa bapanya menjadi sumber inspirasi dalam kehidupannya. Lagu ini ditujukan khas sebagai tanda penghargaan untuk Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017. Lagu ini juga dijadikan sebagai muzik tema untuk drama adaptasi daripada novel 7 Hari Mencintaiku terbitan Pena Creative Pictures.