Lehman Brothers

Lehman Brothers Holdings Inc.
Dinamakan sempenaHenry Lehman, Emanuel Lehman, Mayer Lehman 
Jenis/bentuk sahPerbankan pelaburan, perniagaan, syarikat awam 
IndustriPerkhidmatan pelaburan
DitubuhkanMontgomery, Alabama, Amerika Syarikat (1850)
PengasasHenry Lehman
Emanuel Lehman
Mayer Lehman
DibubarkanNew York City, New York, Amerika Syarikat (2008)
NasibDibubarkan
PenggantiNomura Holdings dan Barclays
Ibu pejabatNew York City, New York, Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingRichard S. Fuld, Jr.
Bekas (Pengerusi) & (CEO)
KeluaranPerkhidmatan kewangan
Pelaburan perbankan
Pengurusan pelaburan
Hasil AS$59.003 bilion (2007)
Pendapatan kendalian AS$6.013 bilion (2007)
Pendapatan bersih AS$6.7 bilion (2008)
Jumlah aset AS$691.063 bilion (2007)
Jumlah ekuiti AS$22.490 bilion (2007)
Bilangan kakitangan26,200 (2008)
Anak syarikatTrilantic Capital Partners 
Tapak webLehman.com
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "slogan"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "market cap"

Lehman Brothers Holdings Inc. (/ˈlmən/) merupakan firma perkhidmatan kewangan yang diisytiharkan muflis pada 2008. Aktiviti firma ini ialah perbankan, pelaburan, ekuiti, penyelidikan dan dagangan, pengurusan pelaburan, ekuiti persendirian, dan perbankan persendirian. Ia beroperasi di Amerika Syarikat. Firma ini melibatkan Neuberger Berman Inc., Tejal Loan Services, Inc, SIB Morttgage Corporation, Lehman Brothers Bank, FSB, Eagle Energy Partners. Ibu pejabat terdapat di seluruh dunia seperti di New York, London dan Tokyo.

Pada 1:45 pagi 15 September 2008, firma itu memfailkan tuntutan muflis di bawah Bab 11 Perlindungan Kemuflisan berikutan kehilangan besar-besaran kebanyakan pelanggannya, kerugian teruk dalam pasaran saham, dan penurunan nilai asetnya oleh agensi penarafan kredit. Notis kebangkrapan Lehman Brothers merupakan yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, dan dianggap memainkan peranan utama dalam menyingkap krisis kewangan global lewat 2000-an. Pada hari berikutnya, Barclays mengumumkan perjanjian untuk membeli, tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia,bahagian bank pelaburan dan bahagian perdagangan Lehman Brothers Amerika Utara bersama-sama dengan bangunan ibu pejabatnya di New York. Pada 20 September 2008,Hakim Mahkamah Kebangkrapan Amerika Syarikat, Hakim James M. Peck telah meluluskan perjanjian yang telah disemak semula itu. Minggu berikutnya,firma Nomura mengumumkan bahawa ia akan mengambil alih francais Lehman Brothers di rantau Asia Pasifik, termasuk di Jepun, Hong Kong dan Australia, serta sayap pelaburan dan ekuiti perniagaan Lehman Brothers di Eropah dan Timur Tengah. Perjanjian itu berkuatkuasa pada 13 Oktober 2008.