Legenda XV XX

Legenda XV XX
Album himpunan oleh
Sheila Majid
Dilancarkan pada2006, 2014 (cetakan semula)
TempatMalaysia
GenreJaz
BahasaBahasa Melayu
SyarikatEMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Universal Music Sdn. Bhd.
PenerbitMac Chew & Jenny Chin, Julius Ng (penerbit eksekutif)
Kronologi Sheila Majid
Sheila Majid
(2004)
Legenda XV XX
(2006)
Satu Penghargaan: Datuk Sheila Majid
(2009)
sunting · sunting di Wikidata


Legenda XV XX merupakan album kompilasi oleh Sheila Majid yang dikeluarkan pada tahun 2006. Album yang diterbitkan di bawah syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. ini menampilkan 10 rakaman semula lagu-lagu daripada album Legenda dan tambahan dua lagu baharu iaitu Malam Ku Bermimpi, dan Kisah Rumahtangga. Untuk lagu Kisah Rumahtangga, beliau telah berduet bersama anak sulungnya, Kayda Aziz. Pada tahun 2014, pihak Universal Music Sdn. Bhd. telah mengeluarkan semula album ini dengan bentuk yang lebih kompak berbanding yang asal.