Lee Zii Jia

Lee Zii Jia
李梓嘉
Maklumat peribadi
Negara Malaysia
Lahir (1998-03-29) 29 Mac 1998
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tempat tinggalBukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia
Tinggi1.86 m (6 ka 1 in)
Berat78 kg (172 lb)
JurulatihYeoh Kay Bin
Perseorangan lelaki
Rekod karier263 menang, 135 kalah
Ranking tertinggi2 (25 Oktober 2022)
Ranking semasa7 (21 Januari 2025)
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Malaysia
Sukan Olimpik
Paris 2024 Perseorangan lelaki
Piala Sudirman
Vantaa 2021 Pasukan
Suzhou 2023 Pasukan
Piala Thomas
Chengdu 2024 Berpasukan lelaki
Kejohanan Asia
Manila 2022 Perseorangan lelaki
Kejohanan Berpasukan Asia
Selangor 2022 Berpasukan lelaki
Manila 2020 Berpasukan lelaki
Selangor 2024 Berpasukan lelaki
Alor Setar 2018 Berpasukan lelaki
Sukan Asia Tenggara
Filipina 2019 Perseorangan lelaki
Kuala Lumpur 2017 Berpasukan lelaki
Filipina 2019 Berpasukan lelaki
Kejohanan Remaja Dunia
Bilbao 2016 Pasukan
Bilbao 2016 Perseorangan lelaki
Profil BWF

Lee Zii Jia (Cina ringkas: 李梓嘉pinyin: Lǐ ZǐjiāPe̍h-ōe-jī: Lí Chú-ka, lahir 29 Mac 1998) merupakan seorang pemain badminton profesional Malaysia. Beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019. Beliau juga telah menjuarai Terbuka Seluruh England 2021 dan Kejohanan Badminton Asia 2022. Beliau juga merupakan sebahagian dari skuad kebangsaan Malaysia yang meraih emas di Kejohanan Berpasukan Asia 2022 dan gangsa di Piala Sudirman 2021 & Piala Sudirman 2023. Beliau memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Musim Panas 2024, menjadi pemain perseorangan lelaki Malaysia ketiga memenangi pingat dalam Sukan Olimpik selepas Datuk Rashid Sidek dan Datuk Wira Lee Chong Wei.