Lee Kee Hiong
Lee Kee Hiong | |
|---|---|
李继香 | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kuala Kubu Baharu | |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 21 Mac 2024 | |
| Didahului oleh | Wong Koon Mun (BN–MCA) |
| Digantikan oleh | Pang Sock Tao (PH–DAP) |
| Majoriti | 1,702 (2013) 7,134 (2018) 4,119 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Lee Kee Hiong 16 Mac 1966 Muar, Johor, Malaysia |
| Meninggal dunia | 21 Mac 2024 (umur 58) Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
| Cause of death | Kanser ovari |
| Tempat semadi | Krematorium Nirvana, Shah Alam, Selangor, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
| Gabungan politik lain | Gagasan Rakyat (GR) (1993–1996) Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (2015–2024) |
| Pasangan | Lee Jenn Huei |
| Pendidikan | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Fong 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka |
| Tempat belajar | Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi Sumber & Ijazah Sarjana dalam Pustakawan dan Sains Maklumat) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Lee Kee Hiong (16 Mac 1966 – 21 Mac 2024) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Kuala Kubu Baharu dari Mei 2013 sehingga kematiannya pada Mac 2024. Beliau merupakan ahli dan Ketua Wanita Negeri Selangor bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan dahulunya Pakatan Rakyat (PR), Barisan Alternatif (BA) serta Gagasan Rakyat (GR). Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dari 2008 hingga 2013, Setiausaha Politik dan Pembantu Khas kepada veteran DAP Lim Kit Siang serta Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pemberdayaan Wanita (PWB).