Lee Kah Choon
Datuk Lee Kah Choon ahli politik Malaysia dan juga bekas ahli Parlimen Jelutong. Di peringkat akar umbi, beliau adalah bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Pada 31 Mac 2008 beliau melepaskan semua jawatan parti setelah parti Gerakan kalah teruk kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau kini merupakan Pengerusi InvestPenang dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia.