Layar (buruj)

Vela
Buruj
Nama LatinVela
SingkatanVel
GenitifVelorum
Sebutan/vela/,
genitif /velorum/
SimbolismeLayar
Pencerapan
(Epok J2000)
9
Keserongan−50
SukuanSQ2
KeluargaPerairan Langit
Keluasan500 darjah persegi (ke-32)
Bintang
Bintang utama5
Bintang Bayer/Flamsteed
50
Bintang dengan planet
7
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
5
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
3
Bintang paling terang
γ Vel (1.75m)
Bintang terhampirLuhman 16
(6.6 tc, 2.0 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Delta Velids
Gamma Velids
Puppid-velids
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +30° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mac.
sunting

Layar atau Vela (Vel) ialah sebuah buruj di langit selatan. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud layar kapal, dan buruj ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada buruj lebih besar, kapal Argo Navis, yang kemudian dibahagikan kepada tiga atau empat bahagian, selebihnya merupakan Carina (Lunas), Puppis (Kekota) dan, menurut sesetengah autoriti, Pyxis (Kompas Pelaut). Dengan magnitud ketara sebanyak 1.8, bintang tercerahnya ialah bintang berganda biru panas Gamma Velorum, yang satu komponen daripadanya merupakan bintang Wolf-Rayet tercerah di langit. Delta dan Kappa Velorum, bersama dengan Epsilon dan Iota Carinae, membentuk asterisme yang dikenali sebagai Palang Palsu. Delta yang bermagnitud 1.95 sebenarnya merupakan satu sistem bintang kembar tiga atau kembar lima.