Lawrence Lessig
Lawrence Lessig | |
|---|---|
| Kelahiran | 3 Jun 1961 Rapid City, South Dakota, A.S. |
| Pekerjaan | Pengasas, Creative Commons Pengasas, Stanford Center for Internet and Society Profesor, Harvard Law School |
| Pasangan | Bettina Neuefeind |
| Laman web rasmi | lessig.org |
Lawrence "Larry" Lessig (lahir 3 Jun 1961) ialah seorang ahli akademik dan aktivis politik Amerika. Beliau dikenali sebagai penyokong pengurangan pembatasan undang-undang ke atas hak cipta, tanda dagang, dan spektrum frekuensi radio, khususnya dalam pelbagai penerapan teknologi. Di Amerika Syarikat, beliau telah menyeru aktivisme besar-besaran dengan lingkup negara untuk mempromosikan reformasi yang substantif kepada pemerintah melalui Second Constitutional Convention.
Beliau berkhidmat sebagai pengarah Edmond J. Safra Foundation Center for Ethics di Universiti Harvard dan merupakan profesor undang-undang di Harvard Law School. Sebelum kembali menyertai Harvard, Lessig ialah profesor undang-undang di Stanford Law School serta pengasas Stanford Center for Internet and Society. Lessig ialah ahli lembaga pengarah Creative Commons, dan kini juga menjadi ahli lembaga di MapLight. Selain itu beliau pernah menjadi ahli lembaga penasihat Sunlight Foundation dan Americans Elect. Lessig juga merupakan bekas ahli lembaga Free Software Foundation, Software Freedom Law Center, dan Electronic Frontier Foundation.