Creative Commons

Creative Commons
Creative Commons (en)
Kerangka
KependekanCC 
Cogan kataCreative Commons develops, supports, and stewards legal and technical infrastructure that maximizes digital creativity, sharing, and innovation. 
Jenis/bentuk sah501(c)(3)
No. ID cukai04-3585301
FokusPeningkatan hak cipta "munasabah", fleksibel
KeluaranLesen Creative Commons 
KaedahLesen Creative Commons
BidangLesen awam, hak cipta, lesen 
Anggota bagiCOMMUNIA Association for the Public Domain, Open Source Initiative (2023), Open Education Global, UNESCO Global Open Science Partnership, Re:Create Coalition 
Tapak webcreativecommons.org
Sejarah
Ditubuhkan15 Januari 2001 (2001-01-15)
PengasasLawrence Lessig
Pengurusan
Ketua pegawai eksekutifRyan Merkley, Catherine Stihler, Anna Tumadóttir 
Tokoh pentingCable Green (CEO)
GabunganGerakan budaya bebas 
Perangkaan
Hasil/pendapatan (2017) USD1.6 juta
Jumlah aset 12,542,497 Dolar Amerika Syarikat (2022), 9,584,245 Dolar Amerika Syarikat (2021), 10,951,751 Dolar Amerika Syarikat (2023), 10,419,288 Dolar Amerika Syarikat (2011), 6,058,282 Dolar Amerika Syarikat (2012), 4,628,846 Dolar Amerika Syarikat (2013), 2,664,337 Dolar Amerika Syarikat (2014), 1,562,336 Dolar Amerika Syarikat (2015), 10,820,243 Dolar Amerika Syarikat (2016), 8,958,034 Dolar Amerika Syarikat (2017), 6,699,274 Dolar Amerika Syarikat (2018), 5,607,538 Dolar Amerika Syarikat (2019), 2,939,542 Dolar Amerika Syarikat (2020) 
Kakitangan/pekerja 147 
Anugerah
FSF Free Software Award for Projects of Social Benefit (2009), Prix Ars Electronica (2004), Open Publishing Awards (2021) 
Lokasi
Ibu pejabatMountain View 
Lokasi
  • Amerika Syarikat 
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia 
sunting · sunting di Wikidata

Creative Commons ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang bermatlamat untuk meluaskan penerbitan jenis karya yang boleh digunakan semula dan dikongsi oleh orang lain. Pertubuhan ini telah menghasilkan beberapa lesen hak cipta yang dikenali sebagai lesen-lesen Creative Commons. Lesen-lesen ini membolehkan si pemberi lesen membenarkan karyanya disalin dan diedarkan semula kepada orang lain, namun sebahagian daripada hak-haknya dipelihara.

Lesen-lesen Creative Commons boleh dikenakan pada pelbagai jenis karya khususnya yang seni seperti gambar lukis, karya sastera, dan muzik.

Pada tahun 2002 Projek Kandungan Terbuka, sebuah projek pelopor 1998 oleh David A. Wiley, mengumumkan Creative Commons sebagai projek penerus dan Wiley bergabung sebagai pengarah CC. Aaron Swartz m+emainkan peranan dalam peringkat awal Creative Commons, dan juga Matthew Haughey.

Sehingga Mei 2018 terdapat 1.4 bilion kerja dilesenkan di bawah pelbagai lesen Creative Commons. Wikipedia menggunakan salah satu daripada lesen ini. Sehingga Mei 2018, Flickr telah menjadi pangkalan lebih daripada 415 juta foto berlesen Creative Commons. Pada tahun 2004, Projek Creative Commons memperoleh anugerah Golden Nica Award di Prix Ars Electronica bagi kategori "Net Vision".