Larry David

Larry David
David pada tahun 2009
Nama lahirLawrence Gene David
Kelahiran (1947-07-02) 2 Julai 1947
Brooklyn, Bandar Raya New York,
New York, Amerika Syarikat
Media
Pusat pendidikanUniversity of Maryland, College Park
Tahun aktif1980–kini
Genre
  • Observational comedy
  • improvisational comedy
  • black comedy
  • blue comedy
  • satira
  • deadpan
  • cringe comedy
PasanganLaurie David (k. 1993; c. 2007)

Lawrence Gene David (lahir 2 Julai 1947) ialah seorang pelawak, pelakon dan penulis skrip Amerika Syarikat. Beliau pencipta dan penerbit (selama tujuh musim) bersama Jerry Seinfeld menghasilkan siri televisyen Seinfeld, beliau juga memainkan peranan utama dalam siri Curb Your Enthusiasm untuk HBO sebagai penulis skrip dan pelakon utama sejak tahun 1999.

Penglibatan beliau dalam siri Seinfeld memnangi dua Anugerah Emmy Primetime tahun 1993 dalam kategori Siri Komedi Terbaik (Outstanding Comedy Series) dan Pencapaian Penulisan Siri Komedi Terbilang (Outstanding Individual Achievement in Writing in a Comedy Series). Beliau juga dicalonkan 27 kali untuk Anugerah Emmy Primetime dan tiga kali dalam Anugerah Golden Globe.