Lapangan Terbang Sungai Besi
| Lapangan Terbang Simpang Lapangan Terbang Sungai Besi RMAF Simpang | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Jenis | Pangkalan tentera udara |
| Pengendali | Tentera Udara Diraja Malaysia |
| Lokasi | Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Sejarah | |
| Dibuka | 1952 |
| Ditutup | 16 Mac 2018 |
| Khidmat penumpang dihentikan | 30 Ogos 1965 |
| Dibina | 1930 |
| Ciri-ciri | |
| Ketinggian AMSL | 33.83 m / 110.99 ft |
| Peta | |
Lokasi Lapangan Terbang di Kuala Lumpur, Malaysia. | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pangkalan Udara Kuala Lumpur (ICAO: WMKF, WMKS), Lapangan Terbang Simpang atau Lapangan Terbang Sungai Besi dikenali juga sebagai 'Airport Lama' adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur bersebelahan dengan Lebuh raya Utara Selatan dan Terowong Smart.
Lapangan Terbang Sempang terletak pada kedudukan Latitud N03* 06.6889', Longitud E101* 42.1626' pada ketinggian 33.83 meter dari aras laut..
Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia dan pada 1 Ogos 1956 diisytiharkan bertaraf antarabangsa oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000.
Lapangan Terbang ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Landasan Lapangan Terbang Sungai Besi ini lebih kurang 1,900 meter panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, A.O.A.C. pada tahun 30-an.
Kini, lapangan terbang ini tidak lagi digunakan sebagai lapangan terbang komersil, sebaliknya telah menjadi pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia. Mulai 1965, fungsinya sebagai lapangan terbang untuk Kuala Lumpur telah diambil oleh
- Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah hingga 1999
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1999 hingga kini