Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Malacca International Airport
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
马六甲国际机场
மெலகா சர்வதேச விமான நிலையம்
Maklumat umum
Dinamakan sempenaMelaka
JenisAwam
PemilikKhazanah Nasional
PengendaliMalaysia Airports
BerkhidmatBandaraya Melaka, Melaka, Malaysia
LokasiBatu Berendam, Melaka, Malaysia
Koordinat02°15′47″N 102°15′09″E / 2.26306°N 102.25250°E / 2.26306; 102.25250
Zon masaMST (UTC+08:00)
Tapak sesawangmalaysiaairports.com.my…
Ciri-ciri
Status penggunaanBeroperasi
Ketinggian AMSL40 ft / 12 m
Landasan terbang
Arah Panjang Permukaan
meter kaki
03/21 2,135 7,005 Asfalt
Perangkaan (2020)
Penumpang29,424 ( 78.3%)
Pengangkutan udara (tan)
Pergerakan Pesawat37,998 ( 27.0%)
Peta
MKZ
Lokasi Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka, Malaysia.
MKZ
MKZ (Semenanjung Malaysia)
MKZ
MKZ (Malaysia)
MKZ
MKZ (Asia Tenggara)
MKZ
MKZ (Asia)
Catatan kaki
Rujukan: laman sesawang rasmi
Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia
sunting · sunting di Wikidata

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (IATA: MKZICAO: WMKM), (dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam), ialah sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia, yang terletak di Negeri Melaka. lapangan terbang tersebut terletak di Batu Berendam, Melaka, Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka terletak pada kedudukan Latitud N02* 15.7760', Longitud E102* 15.1417' pada ketinggian 10.67 meter dari aras laut.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka merupakan satu lapangan terbang kecil yang kini hanya boleh diguna oleh pesawat jenis turboprop. Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka. LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dengan kos keseluruhan berjumlah RM131.5 juta dijalankan.

Lapangan terbang ini kini telah berusia lebih 51 tahun. Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaya yang pertama iaitu 31 Ogos 1957.

Dengan kepesatan Melaka khasnya dan Malaysia amnya, kini lapangan terbang bersejarah ini sedang melalui pengubahsuaian menyeluruh. Projek pengubahsuaian bermula pada 16 April 2007. Kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang ini telah diperlakukan dan dijangka siap pada tahun 2009. Setelah siap sepenuhnya nanti lapangan terbang ini akan menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320.

Projek pengubahsuaian sedang rancak dijalankan oleh kontraktor bumiputera yang menerajui sebagai kontraktor utama iaitu syarikat UNI-Integrated Sdn Bhd, Melaka. Projek ini diawasi oleh syarikat KLIACs iaitu anak syarikat KLIA. Lapangan terbang ini akan dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses hampir siap naiktarafnya. Jika siap kelak penerbangan terus dari Melaka ke Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Selain itu projek landasan berkembar elektrik dari Tampin ke Melaka yang dicadangkan turut melalui lapangan terbang ini.

Majlis minihandover lapangan terbang ini dijangka dilakukan pada pertengahan Mei 2009. Iaitu diantara syarikat UNI-Integrated kepada KLIACs, dan KLIACs pula kepada MAB. Selepas ini lapangan terbang Batu Berendam akan dikenali sebagai 'LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA' (Melaka International Airport-MIA).

Dalam pada itu, projek Pemanjangan Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Fasa II telah dilakukan. Jarak pemanjangan ini bermula dari 1,800 meter sedia ada sekarang hingga ke 2,315 meter.