Dokong

Pokok Dokong merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Dokong banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.

Nama saintifiknya ialah Lansium Domesticum Corr.

Ia merupakan buah dari keluarga Meliaceae iaitu sama dengan keluarga Duku, Langsat, Duku-Langsat dan Duku Johor.