Dayang Sulu
Dayang Sulu | |
|---|---|
| Kelahiran | Siti Nadia binti Yusof 15 April 1954 |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Pekerjaan | Pelakon, penerbit |
| Tahun aktif | 1967–1993 |
| Terkenal kerana | Watak Puteri Puncak Mahligai dalam filem Laksamana Do Re Mi |
| Pasangan | Yusof Lind (bercerai 1973) Mohd. Sin Mah Abdullah (k. 1983) |
| Anak-anak | 4 |
Siti Nadia Yusof atau lebih dikenali sebagai Dayang Sulu (lahir 15 April 1954) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali setelah membintangi filem Laksamana Do Re Mi arahan P. Ramlee.