Lahir mati

Lahir mati
Nama lain
Kelahiran mati, kematian janin, mati dalam kandungan
Ultrabunyi seringkali digunakan untuk mendiagnosis keadaan lahir mati dan keadaan-keadaan perubatan yang meningkatkan risiko lahir mati.
PengkhususanObstetrik
GejalaKematian janin pada atau selepas 20 / 28 minggu kehamilan
PuncaSelalunya tidak diketahui, komplikasi kehamilan
Usia ibu melebihi 35 tahun, merokok, penggunaan dadah, penggunaan teknologi pembiakan berbantu, kehamilan pertama
Tiada rasa pergerakan janin, ultrabunyi
RawatanPengaruhan proses kelahiran, pendilatan dan pengosongan
Kekerapan2.6 juta (1 per setiap 45 kelahiran)
sunting

Lahir mati atau kelahiran mati biasanya ditakrifkan sebagai kematian janin dalam lingkungan masa 20 hingga 28 minggu kehamilan. Hasilnya, bayi yang dilahirkan tidak ada sebarang tanda kehidupan. Kelahiran mati boleh mengakibatkan perasaan bersalah atau kesedihan pada ibu. Istilah ini berbeza dengan keguguran, yang merupakan kehilangan janin pada awal peringkat kehamilan, dan kelahiran hidup yang melibatkan bayi dilahirkan dalam keadaan hidup, walaupun ia mungkin mati selepas itu.

Selalunya punca lahir mati tidak diketahui. Terdapat pelbagai punca yang berkaitan termasuk komplikasi kehamilan seperti pra-eklampsia dan komplikasi kelahiran, masalah dengan plasenta atau tali pusat, kecacatan kelahiran, jangkitan seperti malaria dan sifilis, serta tahap kesihatan ibu yang kurang baik. Antara faktor-faktor risiko lain termasuklah umur ibu yang melebihi 35 tahun, merokok, penggunaan dadah, penggunaan teknologi pembiakan berbantu, dan kehamilan pertama. Kelahiran mati mungkin disyaki apabila tiada pergerakan janin dirasai. Pengesahan keadaan bayi dapat dilakukan melalui ultrabunyi.

Pencegahan seluruh dunia bagi kebanyakan kelahiran mati boleh dilakukan dengan penambahbaikan sistem kesihatan. Kira-kira separuh daripada kelahiran mati berlaku semasa bersalin, dan hal ini lebih biasa berlaku di negara membangun berbanding negara maju. Selain itu juga, bergantung pada sejauh mana tempoh kehamilan, ubat-ubatan boleh digunakan untuk memulakan kelahiran, ataupun sejenis pembedahan yang dikenali sebagai "pendilatan dan pengosongan" boleh dijalankan. Selepas kelahiran mati, wanita berisiko lebih tinggi untuk kelahiran mati pada kandungan seterusnya; bagaimanapun, kebanyakan kehamilan berikutnya tidak mempunyai masalah yang sama. Kemurungan, kesulitan dari segi kewangan dan keretakan hubungab keluarga merupakan antara beberapa komplikasi yang diketahui yang berlaku selepas peristiwa janin lahir mati.

Di seluruh dunia pada tahun 2015 terdapat kira-kira 2.6 juta kelahiran mati yang berlaku selepas 28 minggu kehamilan (anggaran 1 per 45 kelahiran). Perkara ini berlaku paling kerap di negara membangun, terutamanya Asia Selatan dan Afrika Sub-Sahara. Di Amerika Syarikat setiap 167 kelahiran akan ada satu kes kelahiran mati. Kadar kelahiran mati telah menurun, walaupun lebih perlahan sejak tahun 2000-an.