Harimau Pembebasan Tamil Eelam
| Pembebasan Harimau Tamil Eelam Liberation Tigers of Tamil Eelam தமிழீழ விடுதலைப் புலிகள் | |
|---|---|
Lambang rasmi Harimau Pembebasan Tamil Eelam. | |
| Tarikh operasi | 1976 –2009 |
| Pemimpin | Velupillai Prabhakaran |
| Motif | Mewujudkan negeri Tamil berasingan di utara dan timur Sri Lanka |
| Kawasan utama | Sri Lanka |
| Ideologi | Nationalisme Tamil |
| Status | Setakat 6 April, 2009, menguasai lebih 55 km2 kawasan di utara Sri Lanka, dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh 32 buah negara |
Pembebasan Harimau Tamil Eelam (Tamil: தமிழீழ விடுதலைப் புலிகள், bahasa Inggeris: Liberation Tigers of Tamil Eelam, singkatan: LTTE) yang mahu menubuhkan negara berasingan bagi etnik minoriti Tamil di utara dan timur pulau Sri Lanka. Sebelum ini Sri Lanka dikenali sebagai Ceylon sahaja. Penduduk Sri Lanka berjumlah 23 juta didiami kaum Singhala dan Tamil . Anggota kumpulan ini diharamkan daripada memasuki 32 negara, terutama selepas ia dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat.