Kurotsuchi Mayuri
| Watak Bleach | |
|---|---|
| Kurotsuchi Mayuri | |
| Peranan | Kapten shinigami dalam Divisyen ke-12, Presiden ke-2 dalam Institut Penyelidikan Shinigami |
| Tarikh lahir | 30 Mac |
| Zanpakutō | Ashisogi Jizō |
| Seiyū | Ryūsei Nakao |
| Pelakon suara latar | Terrence Stone |
Kurotsuchi Mayuri (涅 マユリ) ialah seorang watak fiksyen dalam siri anime dan manga Bleach yang dicipta oleh Tite Kubo. Dia menjadi kapten Divisyen ke-12 dalam Gotei 13 dan presiden kedua dalam Institut Penyelidikan Shinigami selepas bekas kapten dan presidennya, iaitu Urahara Kisuke, dibuang negeri oleh Soul Society. Leftenan Mayuri ialah Kurotsuchi Nemu.