Kumpulan Tentera Darat Ukraine Selatan
| Kumpulan Tentera Darat Ukraine Selatan | |
|---|---|
| Aktif | 5 April - 23 September 1944 |
| Negara | Jerman Nazi |
| Kesetiaan | Wehrmacht |
| Cawangan | Heer |
| Saiz | Kumpulan tentera darat 508,946 (Musim Bunga 1944) |
| Pertempuran | Perang Dunia II |
| Komander | |
| Komander terkenal | Ferdinand Schorner Johannes Friessner |
Kumpulan Tentera Darat Ukraine Selatan (Jerman: Heeresgruppe Südukraine) adalah sebuah kumpulan tentera darat Jerman di Barisan Timur semasa Perang Dunia II.
Kumpulan Tentera Darat Ukraine Selatan telah ditubuhkan pada 5 April 1944 dengan menamakan semula Kumpulan Tentera Darat A. Kumpulan tentera darat ini beraksi semasa Operasi Jassy-Kishinev dan selepas mengalami kasualti yang besar ia telah dibentuk semula sebagai Kumpulan Tentera Darat Selatan (Heeresgruppe Süd) pada 23 September 1944.