Candy (kumpulan muzik)

Candy
Juga dikenali
sebagai
  • The Sapphire Girls
  • D'Rozza
  • G-Saphia
AsalKuching, Sarawak, Malaysia
Genre
Tahun aktif1996–kini
Syarikat rakamanLife Records
Kegiatan berkaitanEdrie Hashim
Anggota semasaPatricia Robert
Nancy Graggory
Anis Kalisa
Bulan Terry
Bekas anggotaMary Morss
Connie Sangid
Jacqueline Chong
Kim Herrin
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Candy merupakan sebuah kumpulan rock wanita Malaysia yang meraih kejayaan pada 1990-an. Ditubuhkan pada 1996 di Kuching, Sarawak, ahli kumpulan ini terdiri daripada Patricia Robert (vokal dan gitar kedua), Nancy Graggory (bass, vokal), Anis Kalisa (gitar utama), dan Bulan Terry (dram). Candy tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai Kumpulan Rock Wanita Pertama di Malaysia dan kumpulan rock wanita pertama yang berjaya menghasilkan album penuh. Mereka mula menempa nama dalam industri muzik menerusi lagu Akan Ku Tunggu pada 1997. Sepanjang kerjaya mereka, mereka berjaya menghasilkan 3 album studio.