Igu

Pada zaman dahulu, haiwan ternakan besar seperti lembu atau kerbau yang dijinakkan melakukan kerja pertanian sering ditambat sebatang kayu khas seperti igu (juga gu dan kuk) atau batang dening yang disambungkan pada alat seperti bajak dan sebagainya dengan tali yut, ia dimuatkan pada tengkuk haiwan dengan dua hujung tanduk yang diikat seutas tali daha. Lembu-lembu yang ditambat sebatang igu dijodoh bilang sebagai "sedening".

"Igu" juga unit luas sebidang tanah sawah yang mampu dibajak dari tarikan lembu-lembu ini dalam masa satu musim bertani.