Kucing hutan

Kucing Hutan
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Subkeluarga: Felinae
Genus: Prionailurus
Spesies:
P. planiceps
Nama binomial
Prionailurus planiceps
(Vigors & Horsfield, 1827)
Julat Kucing Hutan

Kucing hutan (Prionailurus planiceps) merupakan keluarga kucing liar kecil yang taburannya bertompok-tompok di Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Sejak 2008, ia telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh IUCN akibat kemusnahan tanah rawa ("wetland") habitat mereka.

Kucing ini amat jarang dalam kurungan, dengan kurang 10 ekor – kesemuanya di zoo di Asia Tenggara – direkod oleh ("International Species Information System - ISIS") pada awal tahun 2010. Sebagaimana sesetengah kucing kecil lain, ia pada asalnya ditempatkan dalam genus Felis, tetapi kini dianggap sebagai salah satu dari lima spesies dalam Prionailurus.