Kubu kota Aleppo

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Kubu kota Halab
Kubu kota Halab
قلعة حلب
Aleppo, Syria

Kubu kota Aleppo
Jenis Kubu
Dibina Alaf ke-3 SM. ~ Abad ke-12 M
Bahan
binaan
Batu kapur
Digunakan  Sehingga abad ke-20
Keadaan
sekarang
Separa rosak
Dibuka kepada
 awam
Ya
Dikawal oleh Republik Arab Syria


Kubu kota Halab (Arab: قلعة حلب) ialah sebuah istana kubu besar Zaman Pertengahan yang terletak di pusat kota lama Halab, utara Syria. Ia dianggap satu daripada kota yang tertua dan terbesar di dunia. Penggunaan bukit Kubu kota bermula sekurang-kurangnya pada pertengahan alaf ke-3 SM. Kubu ini ditakluki pelbagai tamadun termasuk tamadun Yunani, Byzantiah, Ayubiyah dan Mamluk. Kebanyakan binaan yang terdapat pada hari ini difikirkan berasal dari zaman Ayubiyyah. Sebuah usaha pemuliharaan yang meluas berjalan semenjak tahun 2000 dikendalikan Yayasan Aga Khan untuk Kebudayaan bersama-sama Persatuan Arkeologi Halab. Sebuah kubu kota yang mendominasi kotanya, Kubu kota Halab menjadi sebahagian daripada Kota Lama Halab, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO semenjak tahun 1986.