Kuarza

Kuarza

Maklumat am
KategoriMineral
Formula kimiaSilika (silikon dioksida, SiO2)
Pengecaman
WarnaJernih (jika tiada bendasing); lihat juga Kelainan-kelainan
Tabii hablurPrisma bersegi enam dengan piramid enam segi di hujung-hujungnya (tipikal)
Sistem hablurRombohedron heksagon kelas 32
PembelahanTiada
FrakturKonkoid
Kekerasan skala Mohs7 - tidak sebegitu banyak untuk kelainan-kelainan yang tidak tulen
KilauKekaca/licau
Indeks biasan1.544-1.553
Dwibiasan+0.009 (selang B-G)
PleokroismeTiada
GurisPutih
Graviti tentu2.65 tetap; berubah-ubah untuk kelainan-kelainan tidak tulen
Takat lebur1650 (±75) °C
KeterlarutanH2O tak boleh larut
Ciri-ciri lainTakat didih = 2230 °C

Kuarza (serapan Jerman: Quarz disebut [kʋaːʁt͡s] ) ialah salah satu mineral yang paling banyak terdapat di kerak benua Bumi. Ia tergolong dalam sistem hablur rombohedron heksagon, dan terdiri daripada tetrahedron silika (SiO2). Kuarza mempunyai kekerasan 7 dalam skala Mohs. Ketumpatannya 2.65 g/sm³. Bentuk tipikalnya prisma bersegi enam, dengan piramid enam segi di hujung-hujungnya, walaupun bentuknya sering dijalin, diherotbenyotkan, atau terlalu besar sehingga hanya sebahagiannya dapat dilihat daripada spesimen yang dilombong. Tambahan pula, lapisan merupakan bentuk yang paling biasa, khususnya bagi kelainan-kelainan seperti batu kecubung yang tumbuh hablur daripada satu matriks dan oleh itu, hanya sebuah piramid dengan hujung tunggal akan wujud. Geoda kuarza terdiri daripada batu lompang (biasanya dengan bentuk yang lebih kurang sfera), dengan terasnya dilapiskan dengan selapisan hablur.

Kuarza berubah-ubah sifat dan bergetar apabilaapabila dilalukan arus elektrik (piezoelektrik), sifat ini boleh dipergunakan dengan mengolah kepada suatu kadar frekuensi yang ditetapkan; maka ia bahan utama dalam penjanaan gerakan jarum jam tangan.