Krisis harga makanan sedunia 2007–2008

Krisis harga makanan sedunia 2007-2008 merujuk kepada kenaikan harga makanan global secara mendadak yang menagkibatkan keadaan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara.

Punca-punca jangka pendek termasuk penuaian berkurangan sesetengah kawasan di dunia, khususnya Australia. Punca-punca lain bagi kenaikan harga makanan sedunia juga disebabkan peningkatan penggunaan biobahan api di negara-negara maju, dan peningkatan permintaan untuk diet yang lebih terutamanya daging di kalangan golongan kelas menengah yang semakin mengembang di Asia. Begitu juga, kenaikan harga minyak yang berterusan telah menaikkan harga baja. Faktor-faktor ini, ditambah pula dengan simpanan stok makanan sedunia yang menurun serta ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham, semuanya menyumbang kepada kenaikan harga makanan secara mendadak di seluruh dunia.