Kris Aquino

Kris Aquino
Aquino pada 2015
Kelahiran
Kristina Bernadette Cojuangco Aquino

(1971-02-14) 14 Februari 1971
WarganegaraFilipina
Pusat pendidikanUniversiti Ateneo de Manila
Pekerjaan
  • Pengacara
  • pelakon
  • penerbit
Tahun aktif1986–kini
EjenVIVA Entertainment, GMA Network (1986–1996; 2017)
ABS-CBN (1996–2016)
Star Cinema (2018–sekarang)
APT Entertainment (2016–2017)
East West Artists (2017–sekarang)
Cornerstone Entertainment (2018–kini)
PasanganJames Yap (2005–2012; dibatalkan)
Anak-anakJoshua Philip Aquino
(dengan Phillip Salvador)
James Aquino Yap
(dengan James Yap)
Ibu bapaBenigno Aquino Jr.
Corazon Cojuangco-Aquino
SaudaraBenigno Aquino III (abang)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Kristina Bernadette Cojuangco Aquino (lahir 14 Februari 1971) ialah seorang pengacara, pelakon, penerbit, dan usahawan Filipina.

Dikenali sebagai Queen of all Media Filipina, Aquino telah mengacarakan beberapa rancangan bual bicara dan pemakanan, berlakon dalam beberapa filem dan siri televisyen, dan kini mencipta nama di platform media sosial.

Beliau ialah anak bongsu senator Filipina yang dibunuh, Benigno Aquino, Jr. dan mendiang Corazon Aquino, yang berkhdmat sebagai Presiden Filipina ke-11. Abangnya, Benigno S. Aquino III berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-15 dari 2010 hingga 2016.

Penampilan filem sulungnya ialah Pido Dida: Sabay Tayo dan juga dikenali menerusi lakonannya dalam filem Feng Shui dan Sukob, yang merupakan filem terlaris Filipina pada 2006.

Beliau juga terkenal sebagai penyokong produk selebriti dan dermawan yang menganjurkan kesedaran lupus, hak kanak-kanak, hak LGBT, budaya dan penghargaan seni, kebebasan bersuara, dan reformasi demokratik.