Kril

Kril
Kril utara (Meganyctiphanes norvegica)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Malacostraca
Superorder:
Eucarida
Order:
Euphausiacea
Families and genera
Euphausiidae
  • Euphausia Dana, 1852
  • Meganyctiphanes Holt and W. M. Tattersall, 1905
  • Nematobrachion Calman, 1905
  • Nematoscelis G. O. Sars, 1883
  • Nyctiphanes G. O. Sars, 1883
  • Pseudeuphausia Hansen, 1910
  • Stylocheiron G. O. Sars, 1883
  • Tessarabrachion Hansen, 1911
  • Thysanoessa Brandt, 1851
  • Thysanopoda Latreille, 1831
Bentheuphausiidae
  • Bentheuphausia G. O. Sars, 1885

Kril (pinjaman bahasa Norway krill "anak ikan kecil") atau geragau, ialah sejenis krustasea berupa udang kecil daripada order Euphausiacea bertaburan dalam semua lautan dunia. Udang-udang jenis ini berperanan penting dalam rantai makanan sebagai pemangsa fitoplankton dan zooplankton (pada tahap lebih rendah) namun juga dimangsakan banyak spesies lebih besar baik ikan atau penguin kepada haiwan yang lebih besar seperti anjing laut dan paus balin.

Hidupan ini banyak dimanfaatkan di Asia sebagai suatu sumber makanan: ia antara bahan utama selain udang geragau yang ditapai (kekal bercangkerang) dan dikisar halus untuk dibuat belacan penambah rasa berlauk kepada pelbagai jenis hidangan tradisional. Cecair daripada proses penapaian turut diasingkan sebagai sos perisa atau dicampurkan bersama sebagai cencaluk.