Hari Kesyukuran

Hari Kesyukuran (bahasa Inggeris: Thanksgiving) adalah satu perayaan penting di Amerika Syarikat (sebagai suatu cuti am pada Khamis keempat November) dan Kanada (Isnin kedua Oktober). Simbol utama perayaan ini ialah hidangan ayam belanda dan pertemuan sesama keluarga. Selain itu, perayaan ini juga disambut setiap tahun di Jepun, Korea Selatan, Filipina, Laos, Liberia, Puerto Rico, Guam, Grenada, dan Kepulauan Virgin.