Kotono Mitsuishi

Kotono Mitsuishi
三石 琴乃
Kelahiran (1967-12-08) 8 Disember 1967
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Pelakon suara latar
  • naratif
Tahun aktif1989–kini
Terkenal kerana
  • Sailor Moon sebagai Usagi Tsukino/Sailor Moon
  • Neon Genesis Evangelion sebagai Misato Katsuragi
  • Revolutionary Girl Utena sebagai Juri Arisugawa
  • Excel Saga sebagai Excel
  • Mobile Suit Gundam SEED sebagai Murrue Ramius & Ezalia Jule
  • Detective Conan sebagai Rena Mizunashi
  • One Piece sebagai Boa Hancock
  • Suite PreCure sebagai Hummy
  • Yaiba sebagai Sayaka Mine
  • Project X Zone 2 sebagai Sheath
  • Zombie Land Saga sebagai Tae Yamada
  • Doraemon sebagai Tamako Nobi (ibu Nobita)
Ketinggian160 cm (5 ka 3 in)
Anak-anak1
Laman web rasmikotochawan.com

Kotono Mitsuishi (三石 琴乃, Mitsuishi Kotono, lahir 8 Disember 1967) ialah seorang pelakon, pelakon suara latar dan naratif wanita kelahiran Jepun. Beliau bergabung dengan Arts Vision dan Lasley Arrow, tetapi beliau kini menjadi pekerja bebas. Mitsuishi tinggal di Nagareyama, Wilayah Chiba. Beliau lulus dari sekolah menengah dan memasuki Akademi Pelakon Suara Katsuta pada tahun 1986. Mitsuishi menyuarakan watak-watak animasi popular ialah Usagi Tsukino di siri Sailor Moon, Misato Katsuragi di Neon Genesis Evangelion, Sayaka Mine di Yaiba, Boa Hancock di One Piece, Murrue Ramius, Haro dan suara latar di Mobile Suit Gundam SEED dan Mobile Suit Gundam SEED DESTINY, Rena Mizunashi di Detective Conan, dan Mei Mei di Jujutsu Kaisen.