Korea Baseball Organization
| 사단법인 한국야구위원회 (ko) | |
| Kerangka | |
|---|---|
| Kependekan | KBO |
| Jenis/bentuk sah | Badan induk sukan |
| Status undang-undang | Aktif |
| Tujuan | Menguruskan Liga KBO dan KBO Futures League, serta mentadbir pasukan kebangsaan. |
| Keanggotaan | Persekutuan Besbol Asia, Persekutuan Besbol Antarabangsa |
| Bahasa rasmi | Korea |
| Tapak web | http://eng.koreabaseball.com |
| Sejarah | |
| Dibentuk | Disember 1981 Mac 1982 (Liga dilancarkan) |
| Pengurusan | |
| Pesuruhjaya | Chung Un-chan |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Gangnam, Seoul, Korea Selatan |
| Lokasi |
|
| Kawasan perkhidmatan | Domestik |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Korea Baseball Organization | |
| Hangul | |
|---|---|
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Han-guk Yagu Wiwonhoe |
| McCune–Reischauer | Han'guk Yagu Wiwŏnhoe |
Korea Baseball Organization, dipendekkan sebagai KBO; (Korea: 한국야구위원회, bahasa Melayu: Pertubuhan Besbol Korea) merupakan badan induk yang mengendalikan liga profesional besbol di Korea Selatan. KBO telah diasaskan pada tahun 1981 dan telah mentadbir dua liga iaitu Liga KBO (Korea: KBO 리그) dan KBO Futures League (Korea: KBO 퓨처스리그 (liga tani) sejak tahun 1982. Ia merupakan salah satu daripada dua badan induk utama besbol selain Persatuan Besbol Korea (Korea: 대한야구협회) yang merupakan badan induk untuk mengatur kejohanan besbol di peringkat amatur.
KBO merupakan anggota Persekutuan Besbol Antarabangsa (IBAF) dan bertanggungjawab mengendalikan pasukan kebangsaan Korea Selatan ke kejohanan World Baseball Classic dan Siri Asia. Penglibatan pasukan kebangsaan di kejohanan-kejohanan lain pula diuruskan oleh Persatuan Besbol Korea.