Konsert Live Siti Nurhaliza

Konsert Live Siti Nurhaliza
Konsert oleh Siti Nurhaliza
LokasiKuala Lumpur
TempatStadium Putra, Bukit Jalil
Album berkaitanSiti Nurhaliza, Siti Nurhaliza II, Cindai, Adiwarna, Pancawarna
Tarikh30 Oktober 1999
Jumlah persembahan1
Kronologi konsert Siti Nurhaliza

Konsert Live Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama selama satu hari oleh penyanyi rakaman Malaysia, Siti Nurhaliza. Konsert ini dianjurkan bersama oleh DWI Events Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. Konsert yang diadakan pada 30 Oktober 1999 ini mendapat maklum balas positif dan ulasan daripada pengulas konsert dan petugas media yang rata-ratanya memuji vokal dan persembahan Siti secara keseluruhannya.