Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku o!

Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku o!
Logo siri
この素晴らしい世界に祝福を!
(Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku o!)
GenreIsekai, Komedi fantasi
Siri novel
PengarangJitakukeibihei (Natsume Akatsuki)
PenerbitShousetsuka ni Narou
Tarikh Pengeluaran20 Disember 201221 Oktober 2013
Jilid5
Novel ringan
PengarangNatsume Akatsuki
IlustrasiKurone Mishima
PenerbitKadokawa Shoten
Penerbit Lain
Yen Press
DemografikShonen
PencetakanKadokawa Sneaker Bunko
Tarikh Pengeluaran1 Oktober 2013 – kini
Jilid12
Novel ringan
Kono Subarashii Sekai ni Bakuen wo!
PengarangNatsume Akatsuki
IlustrasiKurone Mishima
PenerbitKadokawa Shoten
DemografikShonen
PencetakanKadokawa Sneaker Bunko
Tarikh Pengeluaran1 Julai 2014 – kini
Jilid3
Manga
PengarangNatsume Akatsuki
IlustrasiMasahito Watari
PenerbitFujimi Shobo
Penerbit Lain
Yen Press
DemografikShōnen
Majalah AsalMonthly Dragon Age
Tarikh Pengeluaran9 September 2014 – kini
Jilid5
Siri televisyen anime
PengarahTakaomi Kanasaki
PenerbitRie Ogura
Skrip/PenulisMakoto Uezu
Lagu/MuzikMasato Kouda
StudioStudio Deen
Dilesenkan olehCrunchyroll
Penyiaran AsalTokyo MX, TVS, CTC, tvk, SUN, GBS, MTV, TVQ, BS11
Penyiaran LainAstro Hua Hee Dai
Tarikh tayangan14 Januari 201616 Mac 2017
Episod20 (dua musim) + 2 OVA
Novel ringan
Kono Kamen no Akuma ni Sōdan wo!
PengarangNatsume Akatsuki
IlustrasiKurone Mishima
PenerbitKadokawa Shoten
DemografikShonen
PencetakanKadokawa Sneaker Bunko
Terbitan1 April 2016
Manga
Kono Subarashii Sekai ni Bakuen wo!
PengarangNatsume Akatsuki
IlustrasiKasumi Morino
PenerbitKadokawa Shoten
DemografikShōnen
Majalah AsalComic Alive
Tarikh Pengeluaran27 Mei 2016 – kini
Permainan
Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku o! -Kono Yokubukai Game ni Shinpan o!-
Pembangun5pb.
Pengeluar5pb.
GenreVisual novel
PelantarPlayStation Vita, PlayStation 4
Tarikh dikeluarkan7 September 2017

Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku o! (この素晴らしい世界に祝福を!, secara harfiahnya: "Sebuah Berkat di Dunia Yang Indah Ini!"), juga dikenali dengan tajuk antarabangsanya, KonoSuba: God's Blessing on this Wonderful World!, secara harfiahnya "KonoSuba: Berkat Tuhan di Dunia Yang Indah Ini!"; dan disingkatkan sebagai "KonoSuba") merupakan siri novel ringan Jepun ditulis oleh Natsume Akatsuki. Permulaan siri ini dihasilkan melalui siri novel web diterbitkan oleh Shousetsuka ni Narou pada Disember 2012 sehingga Oktober 2013. Selepas itu, Akatsuki menghasilkan siri ini semula dalam siri novel ringan bersama Kurone Mishima sebagai ilustrasi diterbitkan oleh Kadokawa Shoten penerbit Kadokawa Sneaker Bunko dari Oktober 2013 sehingga kini. Siri manga diilustrasikan oleh Masahito Watari diterbitkan siri ini oleh Fujimi Shobo dalam majalah Monthly Dragon Age dari Oktober 2014 sehingga kini. Radio CD drama dikeluarkan oleh HobiRecords dan siri anime diadaptasikan oleh Studio Deen ditayangkan di Jepun sebanyak dua musim, (musim pertama ditayangkan pada Januari sehingga Mac 2016 dan musim kedua ditayangkan pada Januari sehingga Mac 2017.) Cerita pendek siri novel ringan bertajuk Kono Subarashii Sekai ni Bakuen o! telah dipasarkan pada Julai 2014. Siri ini telah mendapat reaksi positif dan kejayaan komersil.

Siri ini mengisahkan seorang remaja lelaki yang telah mati dan masuk ke dalam sebuah dunia fantasi lalu membentuk sebuah persatuan parti pelbagai fungsi seperti dewi, ahli sihir dan seorang perempuan pejuang perang untuk melawan raksasa.