Kongres Benua Pertama
Kongres Benua Pertama (bahasa Inggeris: First Continental Congress) merupakan persidangan 12 utusan dari tiga belas jajahan British di Amerika Utara. Persidangan yang pertama telah diadakan di Philadelphia pada bulan September 1774 sebagai tindak balas kepada pelulusan Akta-akta Tak Terderita yang diperkenalkan oleh Parlimen British. Kongres ini dihadiri oleh 56 ahli yang dilantik oleh badan perundangan 12 daripada 13 koloni kecuali Georgia. Kongres bertemu untuk membincangkan tindakan seterusnya, boikot perdagangan dengan British, menyenaraikan hak dan sungutan mereka, dan petisyen kepada Raja George untuk menangani sungutan mereka.
Kongres ini tidak berjaya membatalkan penguatkuasaan Akta-akta Tak Terderita (Intolerable Acts). Rayuan mereka kepada Monarki tidak berkesan dan Kongres Kontinental Kedua bersidang pada tahun berikutnya untuk mengerah tentera dan bersiap sedia untuk berperang.