Akta Tak Terderita

Akta-akta Tak Terderita
اكتا٢ تق تردريتا
Parlimen British
Jangkauan wilayah
Tanah jajahan British di Amerika
Digubal oleh
Tarikh diluluskan
31 Mac 1774 (akta pertama)
Tarikh digubal28 Mac 1774 (akta pertama)
20 Mei 1774 (akta pertama)
Status: Tidak diketahui

Akta-akta Tak Terderita atau Akta-akta Paksaan (di Great Britain) merupakan siri undang-undang punitif yang diluluskan oleh Parlimen British pada tahun 1774 selepas Jamuan Teh Boston. Undang-undang tersebut pada mulanya digubal bagi menghukum para penjajah Massachusetts di atas keingkaran mereka dalam bantahan Jamuan Teh sebagai tindak balas terhadap perubahan pencukaian oleh Kerajaan British.

Akta-akta ini merampas kuasa pemerintahan sendiri dan hak-hak yang telah dinikmati oleh Massachusetts sejak pengasasannya, lalu mencetuskan kemarahan di Tiga Belas Jajahan. Peristiwa tersebut merupakan suatu perkembangan penting dalam mencetuskan Perang Revolusi Amerika pada April 1775.